Tuesday 16 September 2014

Sumbangan V.T Sambanthan dalam Aspek Ekonomi

Tabung Pekerja India Selatan

  • South Indian Labour Fund atau S.I.L.F,diasakan pada tahun 1907 dengan gelaran’Tamil Immigration Fund’.
  • Pada tahun 1912,ia dikenali sebagau ‘Indian Immigration Fund’.Mulai tahun 1958,tabung ini dikenali sebagai ‘South Indian Labour Fund’.
  • Pada amnya,tabung ini dimulakan untuk menjaga kabajikan serta membiayai perbelanjaan pergi-balik buruh India di Tanah Melayu.Wang tabung ini adalah sumbangan pengusaha ladang.
  • Selepas British menyerahkan pentadbiran kepada kerajaan Perikatan,pengusaha ladang getah Eropah tidak mahu menanggung perbelanjaan pergi-balik buruh India kerana banyak estet mula dijual.
  • Maka,sejak tahun 1955,Tun Sambanthan seringkali didesak oleh orang India untuk membawa perubahan dalam pengurusan tabung ini,kerana selepas merdeka buruh India mula menetap di Tanah melayu dan berhasrat untuk menggunakan wang tabung bagi tujuan lain.
  • Tun Sambanthan telah mencadangkan penggunaan wang tabung bagi tujuan pendidikan anak-anak buruh ladang di sekolah-sekolah menengah dan juga universiti.
  • Selepas tahun 1958,pengurusan tabung adalah di bawah Kementerian Buruh.MIC juga mencadangkan pembiayaan tabung tidak semestinya percuma tetapi boleh diselaraskan sebagai skim bayar balik.
  • Pada tahun 1966,empat orang pelajar telah menerima biasiswa sebanyak $2000 setahun untuk melanjutkan pelajaran di university tempatan.
  • Tabung ini masih mementingkan kebajikan buruh ladang tetapi pelaksanaanya lebih bercorak kepada keperluan semasa.
  • Rajah 9: Menunjukkan buruh India yang berkerja di ladang getah.
  • Oleh kerana buruh ladang tidak lagi pulang ke India maka wang tersebut telah disalurkan dalam program pendidikan anak buruh ladang.








Sumbangan V.T. Sambanthan dalam Aspek Sosial

Berpegang Kuat Kepada Adat Resam Dan Kebudayaan Tamil

  • Ramai telah mengkritik tentang amalan memakai dhoti oleh Tun Sambanthan semasa urusan rasmi. 
  • Beliau pernah dipanggil sebagai Menteri Dhoti dan Menteri Kacang Putih tetapi beliau tidak mengendahkan ini sebagai kritikan.
  • Tun Sambanthan bersikap sederhana dalam amalan agama dan adat resam supaya orang India yang berpendidikan dan berjawatan tinggi dapat mencontohinya. 
  • Tun Sambanthan pernah memakai baju tersebut ke perlimen. 
  • Sebagai president MIC, beliau telah menunjukkan contoh yang baik kepada orang India agar meneruskan budaya India walaupun berpangkat dan berpendidikan tinggi. 
  • Selain pakaian dhoti, Tun Sambanthan telah menjadi penaung kepada Seminar Bahasa Tamil Sedunia buat kali pertama diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1968. 
  • Rajah 8: Menunjukkan pakaian dhoti
  • Beliau telah mewajidkan penggunaan bahasa tamil dalam urusan rasmi MIC.

Sumbangan V. T. Sambanthan


Pengenalan V.T. Sambanthan
Rajah 7: Menunjukkan gambar V.T. Sambanthan.

            Tun Veerasamy Thirunyana Sambanthan (16 Jun 1919 - 18 Mei 1979) ialah Presiden kelima Kongres India Malaya (MIC), sebuah parti politik Malaysia, serta menteri penuh dalam pelbagai kementerian dalam kerajaan Malaysia.

            Beliau dilahirkan di kawasan pedalaman Sungai Siput, Negeri Perak, Sambanthan bersekolah di Sekolah Clifford di Kuala Kangsar, Perak. Beliau amat cemerlang dalam pelajarannya dan kemudian memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Annamalai di India Utara.
Sejak kecil lagi, Sambanthan sangat aktif dalam pelbagai kegiatan sekolah dan universiti. 

           Pada tahun 1973, Sambanthan meletakkan jawatan Presiden Kongres India serta Menteri Perpaduan Negara disebabkan usianya. Beliau meninggal dunia pada tahun 1979, akibat penyakit jantung. Bagi mengenang jasanya kepada negara, jalan Brickfields di BrickfieldsKuala Lumpur ditukar kepada Jalan Tun Sambanthan sejak 1982 . Serta, Sistem Monorail Kuala Lumpur juga ada nama stesen sempena namanya Tun Sambathan, iaitu Stesen Monorel Tun Sambanthan.

Sumbangan Tun Tan Cheng Lock dalam Aspek Ekonomi


 Kegiatan Penanaman Getah

  • Harga getah semakin merosot kerana pengeluaran yang tidak terkawal.Bagi mengawal pengeluaran getah dan meningkatkan harga getah di pasaran dunia,Skim Stevenson diperkenalkan.
  • Tun Tan Cheng Lock menganggap sekatan getah di bawah Skim Stevenson sebagai asas ekonomi Tanah Melayu.
  • Apabila para saudagar Cina cuba menghapuskan sekatan tersebut pada tahun 1925,beliau pula menentang cadangan tersebut.
  • Ini disebabkan beliau khuatir penarikan balik sekatan tersebut akan menurunkan harga getah dengan lebih teruk.
  • Semasa beliau mula menceburi bidang penanaman getah,harga getah ialah RM1.98 bagi 373gram.Disebabkan pengeluaran secara berlebihan,harga getah mulai jatuh pada tahun 1913.
  • Walau bagaimanapun,pemberhentian skim sekatan dibuat pada masa zaman kemelesatan iaitu pada bulan November 1928 yang menyebabkan permintaan yang rendah serta pengeluaran secara berlebihan menurunkan harga.
  • Melihat keadaan ini,Tun Tan Cheng Lock mengesa pengenalan semula sekatan di semua negara pengeluar getah pada bulan Mei 1930.
  • Bagi Tun Tan Cheng Lock,penawaran berlebihan semasa kemelesetan harus dikawal dengan mengambill beberapa langkah tertentu,sementara amalan pengasingan tanah untuk menanam getah terpaksa dihentikan.
  • Sebaliknya menurut Tan Cheng Lock,akan melindungi pengeluar daripada pengembangan pelbagai pengguna getah.
  • Tiga bulan selepas,Tun Tan Cheng Lock mencadangkan pengenaan semula sekatan,dua orang tidak rasmi yang mewakili kepentingan perniagaan menyifatkan sekatan tersebut sebagai campur tangan kerajaan oleh orang yang tidak tahu selok-belok getah.
  • Beliau mengingatkan dua ahli tersebut bahawa Tanah Melayu bergantung kepada industri getah dan dengan yang demikian kerajaan harus campur tangan.
  • Selain itu,sebagai satu usaha mengesa kerajaan untuk mengambil tindakan,perjumpaan-perjumpaan umun diadakan.Perjumpan yang diadakan termasuklah oleh Dewan perniagaan Melaka pada bulan Disember 1932 dan perjumpaan yang diadakan oleh Pertubuhan Penanam Getah Negeri Sembilan.
  • Rajah 6: Menunjukkan gambar penanaman getah pada zaman British.
  • Akhirnya usaha-usaha tersebut menampakkan hasil apabila kerajaan menandatangani Perjanjian Kawalan Getah Antarabangsa dengan Syarikat Hindia Timur Belanda dan tujuh buah Negara lain pada bulan Jun 1934.

Monday 15 September 2014

Sumbangan Tun Tan Cheng Lock dalam Aspek Sosial

Tubuhan Kelas-Kelas Malam

  • Pihak British hanya memastikan terdapat segelintir penduduk Tanah Melayu yang boleh membaca untuk membantu mentabdir kerajaan British.
  • Sekolah yang ditubuhkan adalah untuk melahirkan masyarakat golongan rendah dan sederhana sahaja.
  • Pihak Inggeris tidak menggalakkan masyarakat Melayu belajar di sekolah yang disediakan.
  • Rakyat Tanah Melayu tidak mengenal huruf,apatah lagi membaca,menulis,mengira.Ini akan memudahkan kerajaan British memperlecehkan masyarakat Tanah Melayu  ketika itu.
  • Namun begitu Tun Tan Cheng Lock menggesa kerajaan British mewujudkan kelas-kelas malam.
  • Tujuan penubuhan kelas malam adalah untuk mengajar golongan dewasa yang buta huruf pada waktu malam.Meraka akan diajar menulis,membaca,mengira.Ini penting untuk masyarakat Tanah Melayu memahami perjalanan pentadbiran kerajaan.
  • Walaupun pada peringkat awal kerajaan Inggeris tidak menyetujui,namum beliau terus mendesak.
  • Oleh itu wujud beberapa kelas dewasa di seluruh Negara.Namun begitu pada peringkat  awal tidak mendapat sambutan.
  • Namun usaha gigih yang dilakukan Tun Tan Cheng Lock telah menyebabkan ramai golongan dewasa yang turut serta.
  • Rajah 5: Menunjukkan sumbangan Tun Tan Cheng Lock diiktirafkan oleh masyarakat dengan menamakan jalan dengan nama beliau.
  • Cara ini mampu mengurangkan peratusan buta huruf di kalangan penduduk Tanah Melayu
.

Sumbangan Tun Tan Cheng Lock

Rajah 4: Menunjukkan gambar Tun Tan Cheng Lock.

Pengenalan Tun Tan Cheng Lock 

           Tun Tan Cheng Lock dilahirkan pada 5 April 1883 tahun.Tun Tan Cheng Lock ialah seorang pemimpin politik Cina di Tanah Melayu yang merupakan presiden pertama Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA) pada tahun 1949. Beliau dilahirkan di Jalan Heeren, Melaka, Tun Tan Cheng Lock ialah anak ketiga dalam sebuah keluarga yang terdiri daripada tujuh adik beradik. Pada tahun 1899, beliau memperoleh pendidikan Inggeris di Sekolah Tinggi Melaka, dan kemudiannya di Institusi Raffles di Singapura.

           Selepas persekolahan, beliau bertugas sebagai seorang guru selama enam tahun sebelum meletakkan jawatannya untuk menjadi Penolong Pengurus di Ladang Getah Bukit Kajang Berhad, sebuah ladang getah yang dimiliki oleh saudara sepupunya. Pada tahun 1909, beliau memulakan syarikat sendiri yangmula-mulanya digelarkan Ladang Getah Melaka Pindah Berhad dan kemudiannya, Ladang Getah MelakaBersatu Berhad dan akhirnya Ladang Ayer Molek Berhad. 

          Dalam tempoh hampir 40tahun, Tun Tan Cheng Lock memberikan pimpinan dan berjuang untuk politik, pendidikan, dan kebajikan masyarakat orang-orang Cina di Tanah Melayu. Dalam perjuangannya, beliau mempergunakan arena-arena politik dan ekonomi. Beliau juga mempergunakan memorandum dan petisyen dalam pengemukaan persoalan- persoalan.



  

Sumbangan Dato'Onn dalam Aspek Ekonomi

Penubuhan RIDA
Rajah 3: Menunjukkan penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union kerana kelonggaran kerakyatan negeri.
  • Dato’Onn dilantik menjadi Pengerusi RIDA pada bulan Disember 1950 sehingga bulan Januari 1955. 
  • Ini ditubuhkan oleh British dengan tujuan untuk membantu mengatasi masalah kemunduran ekonomi dan kemiskinan di kalangan orang Melayu di luar bandar.
  • Ini merupakan desakan Dato’Onn apabila beliau besetuju dengan ahli UMNO melonggarkan Kerakyatan Negeri pada awal tahun 1951 dan beliau juga terlibat dalam candangan dan pelaksanaa RIDA. 
  • Dasar ekonomi British tidak menggalakkan perkembangan ekonomi orang Melayu terutamanya dalam sektor perusahaan getah.
  • Selain itu, Dato’Onn telah meletakkan beberapa dasar penting bagi RIDA. Antaranya, menggalakkan dasar ‘membantu diri’ dengan memberi bantuan kewangan bagi projek yang dijalankan.
  • Pinjaman akan diadakan dengan kadar bunga yang rendah bagi menggalakkan perusahaan kecil.
  •  RIDA juga akan memberi latihan asas kepada penduduk luar bandar. 
  • Penubuhan syarikat kerjasamaIni ditubuhkan sebagai agen pemasaran barang-barang di luar bandar.
  • Di samping itu, beliau juga mengglakkan konsep perindustrian walaupun bertumpu di luar bandar melalui projek RIDA. 
  • Dato’Onn telah memberi latihan kursus bagi industri kraftangan, batu-bata,pertukangan besi dan emas. 
  •  Dengan penubuhan RIDA telah mengubah sikap dan pendirian orang Melayu luar bandar yang ‘tidak apa’ dalam semua hak.

Sumbangan Dato'Onn dalam Aspek Sosial


Penerbitan Warta Melaya
Rajah 2: Menunjukkan cantoh Warta Melaya
  • Kemiskinan yang dihadapinya, pergaulan dan dan penelitiannya terhadap masyarakat Melayu di sekelilingnya mencuit kesedaran sosialnya. 
  • Rasa tanggungjawab untuk membincang dan mencari langkah penyelesaian bagi kemunduran masyarakat Melayu telah menolak beliau menjadi wartawan akhbar pada tahun 1930.
  • Bagi Dato’Onn, hanya sebuah akhbar Melayu yang bebas daripada mana-mana pengaruh dan kepentingan luar yang akan dapat melihat dan mengutamakan kepentingan orang Melayu sepenuhnya.
  • Akhbar ini boleh menjadi medan pertukaran idea orang Melayu untuk memahami keperluan mereka. Masalah masyarakat Melayu termasuklah soal politik,pentadbiran,pelajaran,ekonomi serta persaingan daripada orang luar terhadap orang Melayu.
  • Kehidupan beliau yang sempit juga melahirkan simpati yang bukan sedikit daripada Syed Hussien. Maka, dengan sedikit tambahan modal daripada abangnya, Syed Abdullah dan sepupunya, Sharifah Aminah, Syed Hussien telah mendirikan Syarikat Warta Malaya untuk menerbitkan Warta Malaya pada akhir tahun 1929.
  • Dato’ Onn memulakan tugasnya sebagai pengarang utama Warta Malaya pada 1 Januari 1930 dengan dibantu oleh Ismail Kadir dan Hashim yang berasal dari Singapura.
  •  Di bawah pimpinan Dato’Onn, Warta Malaya diterbitkan sebagai sebuah akhbar harian yang bertulisan Jawi, dan berbentu ‘ tabloid ’ dengan 24 muka surat.
  • Sepanjang penglibatannya sebagai wartawan, Dato’Onn tidak berhenti-henti menggunakan masyarakatnya sebagai bahan tulisannya seperti soal kelemahan pelajaran dan soal pelacuran di kalangan orang Melayu. Selama tiga tahun di Warta Melaya, beliau sentiasa membias dasar politik, pentadbiran,pendidikan dan ekonomi British yang memundurkan orang Melayu. 
  • Dato’Onn juga membias perangai orang Melayu yang suka berkenduri secara besar-besaran dan suka berpeleseran, sama ada di kalangan tua atau muda.
  • Pesta mandi safar dan puja pantai dilihatnya sebagai satu pembaziran wang dan bertentangan dengan ajaran Islam dan tidak patut diteruskan. 
  • Beliau juga mengambil isu kerajinan orang Cina yang sanggup membuat apa sahaja kerja untuk mengkrtik orang Melayu yang memandang rendah terhadap pekerjaan yang kasar setelah menjadi mereka menjadi miskin.

Sumbangan Dato'Onn Ja'afar


  

Pengenalan Dato’Onn Ja’afar

Rajah 1: Menunjukkan gambar Dato'Onn
            Dato’ Onn Ja’afar adalah seorang tokoh politik, pentadbiran, ekonomi dan sosial yang menonjol sebelum merdeka. Dato’Onn dilahirkan pada tahun 1895 di Bukit Gambir, Johor Bahru daripada keterunan yang ternama. Ayahanda Dato’ Jaafar Haji Muhammad (1838-1919) adalah Menteri Besar Johor yang pertama yang memajukan pentadbiran negeri Johor bersama-sama dengan pegawai-pegawai kerajaan Johor yang lain di zaman Sultan Abu Bakar (1862-1895). Ibunya, Hanim Rogayah adalah keterunan Scarci, Turki. 
         
           Beliau bekerja sebagai wartawan pada tahun 1930 ketika berumur 35 tahun, dan pada tahun 1934, menjadi pengarang Lembaga Malaya dan Harian Lembaga. Di samping itu, beliau juga pernah menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor. Semasa zaman Pendudukan Jepun, beliau menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor. Dato’Onn Jaafar merupakan pengasas dan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Beliau pernah dilantik sebagai Menteri Besar Johor pada 1 Jun 1947 tetapi beliau telah meletakkan jawatan tiga tahun kemudian iaitu pada 18 Mei 1950 untuk menumpukan perhatiannya kepada UMNO.