Monday 15 September 2014

Sumbangan Tun Tan Cheng Lock

Rajah 4: Menunjukkan gambar Tun Tan Cheng Lock.

Pengenalan Tun Tan Cheng Lock 

           Tun Tan Cheng Lock dilahirkan pada 5 April 1883 tahun.Tun Tan Cheng Lock ialah seorang pemimpin politik Cina di Tanah Melayu yang merupakan presiden pertama Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA) pada tahun 1949. Beliau dilahirkan di Jalan Heeren, Melaka, Tun Tan Cheng Lock ialah anak ketiga dalam sebuah keluarga yang terdiri daripada tujuh adik beradik. Pada tahun 1899, beliau memperoleh pendidikan Inggeris di Sekolah Tinggi Melaka, dan kemudiannya di Institusi Raffles di Singapura.

           Selepas persekolahan, beliau bertugas sebagai seorang guru selama enam tahun sebelum meletakkan jawatannya untuk menjadi Penolong Pengurus di Ladang Getah Bukit Kajang Berhad, sebuah ladang getah yang dimiliki oleh saudara sepupunya. Pada tahun 1909, beliau memulakan syarikat sendiri yangmula-mulanya digelarkan Ladang Getah Melaka Pindah Berhad dan kemudiannya, Ladang Getah MelakaBersatu Berhad dan akhirnya Ladang Ayer Molek Berhad. 

          Dalam tempoh hampir 40tahun, Tun Tan Cheng Lock memberikan pimpinan dan berjuang untuk politik, pendidikan, dan kebajikan masyarakat orang-orang Cina di Tanah Melayu. Dalam perjuangannya, beliau mempergunakan arena-arena politik dan ekonomi. Beliau juga mempergunakan memorandum dan petisyen dalam pengemukaan persoalan- persoalan.



  

1 comment:

  1. Merit Casino Login - Do you want to login to Merit Casino?
    This Merit Casino login page 바카라 does septcasino not automatically load or only needs some type of 메리트 카지노 security. All your information about the user experience

    ReplyDelete