Monday 15 September 2014

Sumbangan Dato'Onn Ja'afar


  

Pengenalan Dato’Onn Ja’afar

Rajah 1: Menunjukkan gambar Dato'Onn
            Dato’ Onn Ja’afar adalah seorang tokoh politik, pentadbiran, ekonomi dan sosial yang menonjol sebelum merdeka. Dato’Onn dilahirkan pada tahun 1895 di Bukit Gambir, Johor Bahru daripada keterunan yang ternama. Ayahanda Dato’ Jaafar Haji Muhammad (1838-1919) adalah Menteri Besar Johor yang pertama yang memajukan pentadbiran negeri Johor bersama-sama dengan pegawai-pegawai kerajaan Johor yang lain di zaman Sultan Abu Bakar (1862-1895). Ibunya, Hanim Rogayah adalah keterunan Scarci, Turki. 
         
           Beliau bekerja sebagai wartawan pada tahun 1930 ketika berumur 35 tahun, dan pada tahun 1934, menjadi pengarang Lembaga Malaya dan Harian Lembaga. Di samping itu, beliau juga pernah menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor. Semasa zaman Pendudukan Jepun, beliau menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor. Dato’Onn Jaafar merupakan pengasas dan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Beliau pernah dilantik sebagai Menteri Besar Johor pada 1 Jun 1947 tetapi beliau telah meletakkan jawatan tiga tahun kemudian iaitu pada 18 Mei 1950 untuk menumpukan perhatiannya kepada UMNO.

No comments:

Post a Comment