Monday 15 September 2014

Sumbangan Dato'Onn dalam Aspek Sosial


Penerbitan Warta Melaya
Rajah 2: Menunjukkan cantoh Warta Melaya
  • Kemiskinan yang dihadapinya, pergaulan dan dan penelitiannya terhadap masyarakat Melayu di sekelilingnya mencuit kesedaran sosialnya. 
  • Rasa tanggungjawab untuk membincang dan mencari langkah penyelesaian bagi kemunduran masyarakat Melayu telah menolak beliau menjadi wartawan akhbar pada tahun 1930.
  • Bagi Dato’Onn, hanya sebuah akhbar Melayu yang bebas daripada mana-mana pengaruh dan kepentingan luar yang akan dapat melihat dan mengutamakan kepentingan orang Melayu sepenuhnya.
  • Akhbar ini boleh menjadi medan pertukaran idea orang Melayu untuk memahami keperluan mereka. Masalah masyarakat Melayu termasuklah soal politik,pentadbiran,pelajaran,ekonomi serta persaingan daripada orang luar terhadap orang Melayu.
  • Kehidupan beliau yang sempit juga melahirkan simpati yang bukan sedikit daripada Syed Hussien. Maka, dengan sedikit tambahan modal daripada abangnya, Syed Abdullah dan sepupunya, Sharifah Aminah, Syed Hussien telah mendirikan Syarikat Warta Malaya untuk menerbitkan Warta Malaya pada akhir tahun 1929.
  • Dato’ Onn memulakan tugasnya sebagai pengarang utama Warta Malaya pada 1 Januari 1930 dengan dibantu oleh Ismail Kadir dan Hashim yang berasal dari Singapura.
  •  Di bawah pimpinan Dato’Onn, Warta Malaya diterbitkan sebagai sebuah akhbar harian yang bertulisan Jawi, dan berbentu ‘ tabloid ’ dengan 24 muka surat.
  • Sepanjang penglibatannya sebagai wartawan, Dato’Onn tidak berhenti-henti menggunakan masyarakatnya sebagai bahan tulisannya seperti soal kelemahan pelajaran dan soal pelacuran di kalangan orang Melayu. Selama tiga tahun di Warta Melaya, beliau sentiasa membias dasar politik, pentadbiran,pendidikan dan ekonomi British yang memundurkan orang Melayu. 
  • Dato’Onn juga membias perangai orang Melayu yang suka berkenduri secara besar-besaran dan suka berpeleseran, sama ada di kalangan tua atau muda.
  • Pesta mandi safar dan puja pantai dilihatnya sebagai satu pembaziran wang dan bertentangan dengan ajaran Islam dan tidak patut diteruskan. 
  • Beliau juga mengambil isu kerajinan orang Cina yang sanggup membuat apa sahaja kerja untuk mengkrtik orang Melayu yang memandang rendah terhadap pekerjaan yang kasar setelah menjadi mereka menjadi miskin.

No comments:

Post a Comment