Monday 15 September 2014

Sumbangan Tun Tan Cheng Lock dalam Aspek Sosial

Tubuhan Kelas-Kelas Malam

  • Pihak British hanya memastikan terdapat segelintir penduduk Tanah Melayu yang boleh membaca untuk membantu mentabdir kerajaan British.
  • Sekolah yang ditubuhkan adalah untuk melahirkan masyarakat golongan rendah dan sederhana sahaja.
  • Pihak Inggeris tidak menggalakkan masyarakat Melayu belajar di sekolah yang disediakan.
  • Rakyat Tanah Melayu tidak mengenal huruf,apatah lagi membaca,menulis,mengira.Ini akan memudahkan kerajaan British memperlecehkan masyarakat Tanah Melayu  ketika itu.
  • Namun begitu Tun Tan Cheng Lock menggesa kerajaan British mewujudkan kelas-kelas malam.
  • Tujuan penubuhan kelas malam adalah untuk mengajar golongan dewasa yang buta huruf pada waktu malam.Meraka akan diajar menulis,membaca,mengira.Ini penting untuk masyarakat Tanah Melayu memahami perjalanan pentadbiran kerajaan.
  • Walaupun pada peringkat awal kerajaan Inggeris tidak menyetujui,namum beliau terus mendesak.
  • Oleh itu wujud beberapa kelas dewasa di seluruh Negara.Namun begitu pada peringkat  awal tidak mendapat sambutan.
  • Namun usaha gigih yang dilakukan Tun Tan Cheng Lock telah menyebabkan ramai golongan dewasa yang turut serta.
  • Rajah 5: Menunjukkan sumbangan Tun Tan Cheng Lock diiktirafkan oleh masyarakat dengan menamakan jalan dengan nama beliau.
  • Cara ini mampu mengurangkan peratusan buta huruf di kalangan penduduk Tanah Melayu
.

No comments:

Post a Comment