Tuesday 16 September 2014

Sumbangan V. T. Sambanthan


Pengenalan V.T. Sambanthan
Rajah 7: Menunjukkan gambar V.T. Sambanthan.

            Tun Veerasamy Thirunyana Sambanthan (16 Jun 1919 - 18 Mei 1979) ialah Presiden kelima Kongres India Malaya (MIC), sebuah parti politik Malaysia, serta menteri penuh dalam pelbagai kementerian dalam kerajaan Malaysia.

            Beliau dilahirkan di kawasan pedalaman Sungai Siput, Negeri Perak, Sambanthan bersekolah di Sekolah Clifford di Kuala Kangsar, Perak. Beliau amat cemerlang dalam pelajarannya dan kemudian memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Annamalai di India Utara.
Sejak kecil lagi, Sambanthan sangat aktif dalam pelbagai kegiatan sekolah dan universiti. 

           Pada tahun 1973, Sambanthan meletakkan jawatan Presiden Kongres India serta Menteri Perpaduan Negara disebabkan usianya. Beliau meninggal dunia pada tahun 1979, akibat penyakit jantung. Bagi mengenang jasanya kepada negara, jalan Brickfields di BrickfieldsKuala Lumpur ditukar kepada Jalan Tun Sambanthan sejak 1982 . Serta, Sistem Monorail Kuala Lumpur juga ada nama stesen sempena namanya Tun Sambathan, iaitu Stesen Monorel Tun Sambanthan.

No comments:

Post a Comment