Tuesday 16 September 2014

Sumbangan Tun Tan Cheng Lock dalam Aspek Ekonomi


 Kegiatan Penanaman Getah

  • Harga getah semakin merosot kerana pengeluaran yang tidak terkawal.Bagi mengawal pengeluaran getah dan meningkatkan harga getah di pasaran dunia,Skim Stevenson diperkenalkan.
  • Tun Tan Cheng Lock menganggap sekatan getah di bawah Skim Stevenson sebagai asas ekonomi Tanah Melayu.
  • Apabila para saudagar Cina cuba menghapuskan sekatan tersebut pada tahun 1925,beliau pula menentang cadangan tersebut.
  • Ini disebabkan beliau khuatir penarikan balik sekatan tersebut akan menurunkan harga getah dengan lebih teruk.
  • Semasa beliau mula menceburi bidang penanaman getah,harga getah ialah RM1.98 bagi 373gram.Disebabkan pengeluaran secara berlebihan,harga getah mulai jatuh pada tahun 1913.
  • Walau bagaimanapun,pemberhentian skim sekatan dibuat pada masa zaman kemelesatan iaitu pada bulan November 1928 yang menyebabkan permintaan yang rendah serta pengeluaran secara berlebihan menurunkan harga.
  • Melihat keadaan ini,Tun Tan Cheng Lock mengesa pengenalan semula sekatan di semua negara pengeluar getah pada bulan Mei 1930.
  • Bagi Tun Tan Cheng Lock,penawaran berlebihan semasa kemelesetan harus dikawal dengan mengambill beberapa langkah tertentu,sementara amalan pengasingan tanah untuk menanam getah terpaksa dihentikan.
  • Sebaliknya menurut Tan Cheng Lock,akan melindungi pengeluar daripada pengembangan pelbagai pengguna getah.
  • Tiga bulan selepas,Tun Tan Cheng Lock mencadangkan pengenaan semula sekatan,dua orang tidak rasmi yang mewakili kepentingan perniagaan menyifatkan sekatan tersebut sebagai campur tangan kerajaan oleh orang yang tidak tahu selok-belok getah.
  • Beliau mengingatkan dua ahli tersebut bahawa Tanah Melayu bergantung kepada industri getah dan dengan yang demikian kerajaan harus campur tangan.
  • Selain itu,sebagai satu usaha mengesa kerajaan untuk mengambil tindakan,perjumpaan-perjumpaan umun diadakan.Perjumpan yang diadakan termasuklah oleh Dewan perniagaan Melaka pada bulan Disember 1932 dan perjumpaan yang diadakan oleh Pertubuhan Penanam Getah Negeri Sembilan.
  • Rajah 6: Menunjukkan gambar penanaman getah pada zaman British.
  • Akhirnya usaha-usaha tersebut menampakkan hasil apabila kerajaan menandatangani Perjanjian Kawalan Getah Antarabangsa dengan Syarikat Hindia Timur Belanda dan tujuh buah Negara lain pada bulan Jun 1934.

Sumber Rujukan
  • Abdul Zakaria Ghazali & Adnan Haji Nawang. (1997). Biografi Tokoh Pilihan Malaysia.
               Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
  • Nora Hj. Samat. (2003). Tun Tan Cheng Lock. Kuala Lumpur: Goodmart Enterprise.

No comments:

Post a Comment