Tuesday 16 September 2014

Sumbangan V.T Sambanthan dalam Aspek Ekonomi

Tabung Pekerja India Selatan

  • South Indian Labour Fund atau S.I.L.F,diasakan pada tahun 1907 dengan gelaran’Tamil Immigration Fund’.
  • Pada tahun 1912,ia dikenali sebagau ‘Indian Immigration Fund’.Mulai tahun 1958,tabung ini dikenali sebagai ‘South Indian Labour Fund’.
  • Pada amnya,tabung ini dimulakan untuk menjaga kabajikan serta membiayai perbelanjaan pergi-balik buruh India di Tanah Melayu.Wang tabung ini adalah sumbangan pengusaha ladang.
  • Selepas British menyerahkan pentadbiran kepada kerajaan Perikatan,pengusaha ladang getah Eropah tidak mahu menanggung perbelanjaan pergi-balik buruh India kerana banyak estet mula dijual.
  • Maka,sejak tahun 1955,Tun Sambanthan seringkali didesak oleh orang India untuk membawa perubahan dalam pengurusan tabung ini,kerana selepas merdeka buruh India mula menetap di Tanah melayu dan berhasrat untuk menggunakan wang tabung bagi tujuan lain.
  • Tun Sambanthan telah mencadangkan penggunaan wang tabung bagi tujuan pendidikan anak-anak buruh ladang di sekolah-sekolah menengah dan juga universiti.
  • Selepas tahun 1958,pengurusan tabung adalah di bawah Kementerian Buruh.MIC juga mencadangkan pembiayaan tabung tidak semestinya percuma tetapi boleh diselaraskan sebagai skim bayar balik.
  • Pada tahun 1966,empat orang pelajar telah menerima biasiswa sebanyak $2000 setahun untuk melanjutkan pelajaran di university tempatan.
  • Tabung ini masih mementingkan kebajikan buruh ladang tetapi pelaksanaanya lebih bercorak kepada keperluan semasa.
  • Rajah 9: Menunjukkan buruh India yang berkerja di ladang getah.
  • Oleh kerana buruh ladang tidak lagi pulang ke India maka wang tersebut telah disalurkan dalam program pendidikan anak buruh ladang.








Sumber Rujukan




No comments:

Post a Comment